cartoon

group

Friday, December 31, 2010

1-Berapakah umor korang pada tahun 2011?
~12 thn~


2-Senaraikan azam korang untuk tahun 2011
~ermm,


3-Berapa follower yang korang nak tahun 2011?
~berape2 je,tp mesti bertambah.~
kalau boleh nk 20 ataupun lebih.


4-Apa benda yang korang usaha nak beli tahun depan?
~ermm,beli ape erkk!!!~boley pikir lagi laa..


5-Ceritakan pengalaman manis korang pada tahun 2010
~......................................................herm..
dh abis.


6- Ceritakan benda yang korang taknak berlaku pada tahun 2011
~tk nk ade pergaduhan antara rakan2
~tk nk jd seorng yg pemalas pd taun hadapan.
hermm..tu je laahh!!

~HAPPY NEW YEAR~
SELAMAT TAHUN BARU
~2011~










Saturday, December 18, 2010



~Berikan satu nickname kepada saya(pemberi award)
tak tau laa nk bagi ape..(sorry erkk)-_-
-Ucapan untuk pemberi award.
thank you_firah for this award..
~Listkan 6 artis @ band yang you all minat .
1-shahir
2-yuna
3-faizal tahir
4-hujan
5-6ixth sense
6-aizat(????)
Bagi award nieh kepada 10 bloggers yang mempunyai blog yang cun meletop kau memang daa boom ! :)

Friday, December 10, 2010

berubah ubah niat.^_^

kawan2,nak citer ni..bace laa dulu..

Seorang pemanjat pokok kelapa berada dlm
keadaan yg bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok
kelapa,ribut melanda serta angin kencang
sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut
pada pelepah kelapa yg terjuntai.
Keadaannya seperti telur di hujung tanduk.Dalam
keadaan yg genting itu dia berseru,"Ya Allah,selamatkanlah
aku daripada jatuh.Jika selamat,aku akn sedekahkan
seekor lembu untuk orng miskin."
Sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada btng
pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang.Keadaan walaupun agak
lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih
lagi belum selamat.Berpaut sekuat-kuatnya pada batng pokok,
dia berseru lagi,"Ya Allah,sekiranya engkau selamatkan
aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing
untuk orng miskin."
Setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga
ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya
untk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup
kencang.Kali ini dia berseru,"Ya Allah kalau Kau selamatkan
aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya, dia sampai pada kedudukan yg lebih rendah,
dan doanya berubah lagi,"Ya Allah,sekiranya aku
selamat,aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti,dan dia tlah berada di kedudukan
yg selamt.Dia pun melepaskan tangannya daripada batng pokok
lalu berpura-pura jatuh."Ya Allah,rupa-rupanya
aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan
apa-apa pun!"

PENGAJARAN:dalam keadaan susah,manusia sering
ingatkan Allah tetapi apabila senang,
manusia mudah melupakan-Nya.
Ironinya,apakah kita tidak malu
mengharap bantuan Allah ketika
susah sedangkan sewaktu kita
senang kita melupakan-Nya?

Tuesday, November 16, 2010

soalan?

Apakah yg akan terjadi sekiranya lampu kalimantang disentuhkan pada lampu plasma?

A. lampu kalimantang meletup berkecai
B. lampu kalimantang mengeluarkan cahaya
C. tidak ada apa2 yg berlaku


BERI JAWAPAN.

peringatan

  1. Dapatkan kebenaran ibu bapa

sebelum mencuba uji kaji ini!

Barang yg diperlukan adalah :Belon,air ,lilin

Uji kaji:
isi belon tersebut dengan sedikit air,kemudian tiup belon itu dan
letekkan pada api.

cuba uji kaji ini!

Apakah yg akan terjadi pada belon berisi air apabila diletakkan atas api?

A. belon meletup dan air memercik keluar
B. belon mengecut kembali
C. belon tidak meletup

Thursday, October 28, 2010

Best Of Asia Package
Best Of Asia@

Wednesday, September 15, 2010

tips untuk menjadi pelajar cemerlang.

Antara cara2 ingin menjadi seorang pelajar cemerlang ialah dengan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar,mengulang kaji pelajaran ,menghormati orang yg lebih tua dari kita,menanamkan semangat untuk berjaya ,dan yg paling penting adalah mengingati tuhan yg maha esa dan maha berkuasa bagi seseorang umat islam.Cubalah kalau anda hendak berjaya.

Saturday, September 11, 2010

pantun (novel kanak2-PONTENG PUASA)

Bagai bercerai kepala dan badan,
bidalan pesanan baba dan nyonya,
suatu petang di bazar ramadan,
Ali tertangkap bersama airnya.

Pedagang bertandang menjual sejadah,
sejadah cantik terkoyak sisinya,
ibu pulang membawa juadah,
terkedu Abu di hadapan ibunya.

Setenang-tenang air mengalir,
terlangggar buaya sampan berdentum,
setiap jam ke bilik air,
rupanya Ali mencuri minum.

Girang picat menanti di lumpur,
menanti mangsa darah dicari,
Ibu ke pasar,Abu ke dapur,
mencuri makan di siang hari.

Anak muda segak di pentas,
melakon watak baba dan nyonya,
Cikgu Syak pergi ke tandas,
Ali tertangkap bersama airnya.

Musafir lelah rehat di kolah,
berbaju cantik terkoyak lengannya,
Aisyah ke padang di tepi sekolah,
terlihat Abu dengan rotinya.

nothing...

ABU: makan jer lebih
ALI : minum jer lebih

hehehe.....

Smile



SMILE!!!!!!!








aMALAN Mulia sambut lebaran .

  1. mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.kaum muslimin yg hendak pergi ke tempat solat hendaklah terlebih dahulu membersihkan serta menyegarkan diri dengan mandi sunat Aidilfitri.Dalam sebuah hadis dinyatakan ;"Sesungguhnya Ibnu Umar biasa mandi pada Aidilfiri sebelum dia pergi ke tempat solat.
  2. Memakai pakaian cantik tetapi tidak semestinya baru.
  3. Makan sebelum ke masjid untuk menunaikan solat.Rasulallah makan sebelum berangkat ke masjid untuk solat Aidilfitri kerana menghargai hari kemenangan umat Islam berpuasa 30 hari sepanjang ramadhan.
  4. Mengajak wanita ke masjid.Rasulallah SAW meminta agar golongan lelaki mengajak keluarga mereka terutama kaum wanita untuk mengunjungi tempat solat bagi menyemarakkan hari raya.
  5. Berjalan ke tempat solat sambil bertakbir.
  6. Mengeluarkan zakat fitrah.Zakat fitrah dimaksudkan untuk membahagiakan fakir miskin menghidupkan semangat saling menolong dan kasih sayang,serta menyucikan jiwa dari sifat bakhil.
  7. Hari raya hendaklah diisi dengan saling mengunjungi,memberi salam,menyucikan diri,dan saling mencintai sesama insan.
  8. Berbakti kepada orang tua,bersikap lembut terhadap fakir miskin,dan mengasihi tetangga.

2 perkara cuba dielakkan di pagi raya.

  • Gelojoh jamu selera (Tahulah anda sudah sebulan berpuasa,tetapi tidak bermakna anda harus menikmati makanan semahunya hingga dilihat seperti gelojoh. Etika dan makan berpada-pada harus dilakukan bagi menjaga kesihatan perut.)
  • Bangun lewat .(Nama pun hari raya ,seharusnya bangun awal pagi lagi untuk merasai detik istimewa hari mulia.sesudah solat subuh, bersiap-siaplah dengan pakaian baru,membuka pintu seluasnya bagi menambah seri di Aidilfitri .)


Ujian

Bala sentiasa turun kepada org yg berdosa agar ianya bertaubat.Ujian juga sentiasa menduga org beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepaDA Allah.
PROFIL.............

Saya amat berharap segala semua informasi yang saya utarakan di blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua .segala komen atau cadangan yg berkenaan dgn blog ini amatlah dialu-alukan .
Akhir kata ,marilah kita sama-sama "berpesan -pesan dgn kebenaran dn berpesan-pesan dengan kebenaran".

Sepotong Roti


" SEPOTONG ROTI"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

Monday, September 6, 2010

Kejayaan

Untuk berjaya anda perlu PERUBAHAN,
Untuk berubah anda perlu BERANI.

ALLAH TELAH MELENGKAPI manusia dengan
anugerah yg paling bernilai iaitu
AKAL dan MINDA.

Usaha + Doa

Di dunia ni tiada yg percuma.Untuk mendapatkan apa sahaja yg dihajati,kita perlu berusaha dan berdoa.Gabungan usaha dan doa akan membuahkan kejayaan dlm apa sahaja perbuatan yg kita lakukan.

  1. USAHA + DOA = Orang mukmin
  2. USAHA + TANPA DOA = Orang sombong
  3. TIADA USAHA + DOA = Orang yg malas

.short untuk lihat foto di bawah

my happy family.^_^

me

me

ulala..!

bagi dia makan tau..haha.!