cartoon

group

Wednesday, September 15, 2010

tips untuk menjadi pelajar cemerlang.

Antara cara2 ingin menjadi seorang pelajar cemerlang ialah dengan menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar,mengulang kaji pelajaran ,menghormati orang yg lebih tua dari kita,menanamkan semangat untuk berjaya ,dan yg paling penting adalah mengingati tuhan yg maha esa dan maha berkuasa bagi seseorang umat islam.Cubalah kalau anda hendak berjaya.

Saturday, September 11, 2010

pantun (novel kanak2-PONTENG PUASA)

Bagai bercerai kepala dan badan,
bidalan pesanan baba dan nyonya,
suatu petang di bazar ramadan,
Ali tertangkap bersama airnya.

Pedagang bertandang menjual sejadah,
sejadah cantik terkoyak sisinya,
ibu pulang membawa juadah,
terkedu Abu di hadapan ibunya.

Setenang-tenang air mengalir,
terlangggar buaya sampan berdentum,
setiap jam ke bilik air,
rupanya Ali mencuri minum.

Girang picat menanti di lumpur,
menanti mangsa darah dicari,
Ibu ke pasar,Abu ke dapur,
mencuri makan di siang hari.

Anak muda segak di pentas,
melakon watak baba dan nyonya,
Cikgu Syak pergi ke tandas,
Ali tertangkap bersama airnya.

Musafir lelah rehat di kolah,
berbaju cantik terkoyak lengannya,
Aisyah ke padang di tepi sekolah,
terlihat Abu dengan rotinya.

nothing...

ABU: makan jer lebih
ALI : minum jer lebih

hehehe.....

Smile



SMILE!!!!!!!








aMALAN Mulia sambut lebaran .

  1. mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.kaum muslimin yg hendak pergi ke tempat solat hendaklah terlebih dahulu membersihkan serta menyegarkan diri dengan mandi sunat Aidilfitri.Dalam sebuah hadis dinyatakan ;"Sesungguhnya Ibnu Umar biasa mandi pada Aidilfiri sebelum dia pergi ke tempat solat.
  2. Memakai pakaian cantik tetapi tidak semestinya baru.
  3. Makan sebelum ke masjid untuk menunaikan solat.Rasulallah makan sebelum berangkat ke masjid untuk solat Aidilfitri kerana menghargai hari kemenangan umat Islam berpuasa 30 hari sepanjang ramadhan.
  4. Mengajak wanita ke masjid.Rasulallah SAW meminta agar golongan lelaki mengajak keluarga mereka terutama kaum wanita untuk mengunjungi tempat solat bagi menyemarakkan hari raya.
  5. Berjalan ke tempat solat sambil bertakbir.
  6. Mengeluarkan zakat fitrah.Zakat fitrah dimaksudkan untuk membahagiakan fakir miskin menghidupkan semangat saling menolong dan kasih sayang,serta menyucikan jiwa dari sifat bakhil.
  7. Hari raya hendaklah diisi dengan saling mengunjungi,memberi salam,menyucikan diri,dan saling mencintai sesama insan.
  8. Berbakti kepada orang tua,bersikap lembut terhadap fakir miskin,dan mengasihi tetangga.

2 perkara cuba dielakkan di pagi raya.

  • Gelojoh jamu selera (Tahulah anda sudah sebulan berpuasa,tetapi tidak bermakna anda harus menikmati makanan semahunya hingga dilihat seperti gelojoh. Etika dan makan berpada-pada harus dilakukan bagi menjaga kesihatan perut.)
  • Bangun lewat .(Nama pun hari raya ,seharusnya bangun awal pagi lagi untuk merasai detik istimewa hari mulia.sesudah solat subuh, bersiap-siaplah dengan pakaian baru,membuka pintu seluasnya bagi menambah seri di Aidilfitri .)


Ujian

Bala sentiasa turun kepada org yg berdosa agar ianya bertaubat.Ujian juga sentiasa menduga org beriman untuk menambahkan lagi keimanannya kepaDA Allah.
PROFIL.............

Saya amat berharap segala semua informasi yang saya utarakan di blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua .segala komen atau cadangan yg berkenaan dgn blog ini amatlah dialu-alukan .
Akhir kata ,marilah kita sama-sama "berpesan -pesan dgn kebenaran dn berpesan-pesan dengan kebenaran".

Sepotong Roti


" SEPOTONG ROTI"

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

Monday, September 6, 2010

Kejayaan

Untuk berjaya anda perlu PERUBAHAN,
Untuk berubah anda perlu BERANI.

ALLAH TELAH MELENGKAPI manusia dengan
anugerah yg paling bernilai iaitu
AKAL dan MINDA.

Usaha + Doa

Di dunia ni tiada yg percuma.Untuk mendapatkan apa sahaja yg dihajati,kita perlu berusaha dan berdoa.Gabungan usaha dan doa akan membuahkan kejayaan dlm apa sahaja perbuatan yg kita lakukan.

  1. USAHA + DOA = Orang mukmin
  2. USAHA + TANPA DOA = Orang sombong
  3. TIADA USAHA + DOA = Orang yg malas

.short untuk lihat foto di bawah

my happy family.^_^

me

me

ulala..!

bagi dia makan tau..haha.!