cartoon

group

Saturday, September 11, 2010

aMALAN Mulia sambut lebaran .

  1. mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.kaum muslimin yg hendak pergi ke tempat solat hendaklah terlebih dahulu membersihkan serta menyegarkan diri dengan mandi sunat Aidilfitri.Dalam sebuah hadis dinyatakan ;"Sesungguhnya Ibnu Umar biasa mandi pada Aidilfiri sebelum dia pergi ke tempat solat.
  2. Memakai pakaian cantik tetapi tidak semestinya baru.
  3. Makan sebelum ke masjid untuk menunaikan solat.Rasulallah makan sebelum berangkat ke masjid untuk solat Aidilfitri kerana menghargai hari kemenangan umat Islam berpuasa 30 hari sepanjang ramadhan.
  4. Mengajak wanita ke masjid.Rasulallah SAW meminta agar golongan lelaki mengajak keluarga mereka terutama kaum wanita untuk mengunjungi tempat solat bagi menyemarakkan hari raya.
  5. Berjalan ke tempat solat sambil bertakbir.
  6. Mengeluarkan zakat fitrah.Zakat fitrah dimaksudkan untuk membahagiakan fakir miskin menghidupkan semangat saling menolong dan kasih sayang,serta menyucikan jiwa dari sifat bakhil.
  7. Hari raya hendaklah diisi dengan saling mengunjungi,memberi salam,menyucikan diri,dan saling mencintai sesama insan.
  8. Berbakti kepada orang tua,bersikap lembut terhadap fakir miskin,dan mengasihi tetangga.

2 perkara cuba dielakkan di pagi raya.

  • Gelojoh jamu selera (Tahulah anda sudah sebulan berpuasa,tetapi tidak bermakna anda harus menikmati makanan semahunya hingga dilihat seperti gelojoh. Etika dan makan berpada-pada harus dilakukan bagi menjaga kesihatan perut.)
  • Bangun lewat .(Nama pun hari raya ,seharusnya bangun awal pagi lagi untuk merasai detik istimewa hari mulia.sesudah solat subuh, bersiap-siaplah dengan pakaian baru,membuka pintu seluasnya bagi menambah seri di Aidilfitri .)


No comments:

Post a Comment

.short untuk lihat foto di bawah

my happy family.^_^

me

me

ulala..!

bagi dia makan tau..haha.!